PERSONA MUTIARA SARI
Assalamualaikum wbt..
Salam Perkenalan daripada kami..
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..
SALAM PENGENALAN PEMBUKA BICARA
Pada 1 Jun 2008 persamaan pada Ahad bermulalah detik sejarah wujudnya kedai kami yang mula bertapak di Tingkat 3A, Galaxy Ampang, Taman Dagang, Ampang Selangor Darul Ehsan. Pada perancangan awalnya, Ayahanda Kami, HJ OTHMAWI BIN BUKHARI ingin membuka sebuah kedai makan kerana ayahanda kami memang meminati bidang masakan setelah tamat perkhidmatan beliau sebagai kakitangan kerajaan. Oleh kerana masalah kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, atas nasihat dan perbincangan kami sekeluarga maka wujudlah sebuah kedai yang menjual produk kecantikan yang diberi nama PERSONA MUTIARA SARI yang sekarang diuruskan oleh INTAN SUHADA BT.OTHMAWI.
Bermulanya dengan tapak kedai 1 lot, kami telah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan. Bagi memulakan promosikan produk, kami telah mengadakan cabutan bertuah kepada para pelanggan kami dengan pembelian sebanyak RM 50 ke atas.

Asalam intan, amboi lama tak berblog ni cepat sapu sawang. hihi
BalasPadam